Monday, May 21, 2012

Pregnant

Chinese New Year Jan 2012- Miscarriage.
Mac 2012- Pregnant again.

Alhamdulillah. Aku selalu berdoa agar Allah bagi rezeki anak lagi pada aku selepas aku disahkan miscarriage awal tahun hari tu. Aku rasa setiap malam kot aku mimpikan baby aku yang dah takde, mungkin sbb pikirkan sangat pasal tu, siap mimpi2. Kadang2 aku nangis sorang2 time suami aku takde, takpun kalau tengok movie/org carry baby, memang menitik airmata la. Pepun, aku selalu rasa dugaan aku kecik je, kena tabah dan sabar banyak2, at least aku boleh mengandung berbanding ada sesetengah orang yang tak dapat peluang tu. Kan?

Setiap kali pregnant, aku takde masalah bab morning sickness. Takde langsung. Tapi aku ada masalah perut sakit, sakit je manjang, senak kat atas ari2 la, dll. Kadang2 time buang air besar, meneran tu aku rasa macam nak terkeluar baby, bahaya kan?--->terikut2 masa miscarriage yang tumpah darah tu, aku duk mencangkung meneran. Bila dah keluar rasa lega gila.;p Masa pregnant ni jugak mood aku memacam ragamnya. Kadang2 aku rasa nak marah je kat suami aku, tgk muka dia pun geram. Adala time aku geram, aku tampar je muka dia, tp slow2 jela. Tp time terjaga tengah malam, mesti nak tersentuh2 dengan die, even jari je pun. Rasa macam sayang sungguh2.haha. Tp malam2 kalau terjaga, aku banyak baca doa kat kepala dia, moga dia jadi suami yang baik, tu rahsia aku bangun malam2.

Selain dari tu, kalau bab makan, selalunya suami aku tanya baby dah makan? Dia tak tanya aku, sbb aku selalu cakap baby yang lapar, bukan aku. Sebab tu aku makan kerap2 dan banyak2.he, alasan kan? Kadang2 terkentut pun aku bgth baby yang kentut, bukan aku. Nak dijadikan cerita kami duk tengok wayang what you expect when you're expecting, mcm gitu la titlenya. Memang kenala cite tu dengan kami, ada la one girl ni cakap dia kentut tu bukan sbb dia kentut, tp baby dia kentut busuk.hahahaha. Memang gelak habis kitaorang dalam wayang sbb apa yang pelakon tu ucapkan sama sebijik macam aku. SEBIJIK. So, Jai takleh nak salahkan aku la pasni.

Btw, kandungan aku dah 3bulan ++, aku pun tengah duk pikir bila nak cuti, nak wat buku pink ni, kang nurse bebel pulak. Bab nak deliver, aku masih tatau nak deliver kat hospital mana/private hospital mana. Sbb kalau hospital ni mcm crowded gila, kalau private, aku tatau sape nak datang jaga aku nanti sbbnya mak ayah aku dah tua, kakak2 semua kerja, suami aku takkan nak cuti lama kan? Pun kena pikir macam mana nak hantar baby n aku balik berpantang kat Paka, Terengganu, mesti kena ada jugak ahli keluarga jaga. Mak mentua? Dia pun jaga cucu. Taknaklah susahkan dia kan, t naik pulak darah Mama aku tu.

Sampai masa t aku pikir la cemana.

Have a nice day ya'.









No comments:

Post a Comment