Friday, February 24, 2012

Rindu Berblogging.

Lepas beberapa ketika * bukan ketika tetapi bertahun tak berblogging, mood berblog tu datang kembali. 1st step aku amik ialah bayar seorang pereka header, dan tunggu header blog yang comel, cute, dan refreshing. hi hi. Maybe berminggu-minggu lagi dapat.

Okay, sepanjang kehilangan aku selama ni.. banyaklah perkara yang berlaku. I'll make it short k.

1- Aku mengandung. Hapi kot 1st pregnancy, sape tak teruja nyah sbb lambat jugak aku nak berbadan dua since 3 bulan pertama aku PJJ ngan suami aku. Lepas duk skali, alhamdulillah aku disahkan mengandung. 3 klinik aku pegi cek, teruja kot tapi tiap kali scan tak nampak baby since 1st check up 5 minggu.

2- Selepas beberapa check up, sampi masuk 3 bulan, hospital suspek aku mengandung luar rahim sbb masih takde bayi dalam perut aku. Tapi akhirnya memang takde rezeki aku, aku keguguran 22hb January.

3- Lepas aku kahwin, aku cuba apply beberapa job, dan dapatlah kerja tapi kat KL terpaksa ulang alik hari2. Naik bas jam 6.30 pagi kat bukit beruntung , rawang dan sampai kat KL kira2 jam 7.30 pagi. Dah lama jugakla aku survive hampir 4 bulan dah.huhu

4- Aku dan suami dah naik rumah sendiri. Seronok jugak duduk berdua je, rumah masih kosong lagi, dan kami cuba penuhkan rumah setiap bulan. Dah tetapkan 1 bulan satu barang elektrik kena beli. hehe.Dan by cash, aku tak suka hutang2.

tu je lah kot. Pasal anak tu, aku berusaha je, rezeki semua Allah yang tentukan.Harapnya lepas ni berpeluang mengandung lagi skali. Kata mak, ni 1st time dalam family ada yang mengandung anggur---i.e AKU lah orang tu.

No comments:

Post a Comment