Sebenarnya aku tak ada idea apa nak mengarut mengaban kat sini. Nak cerita pasal persiapan kahwin aku, macam tak tercerita, terlalu banyak wehhh. Nak cerita pasal exam, test, assignment dan sebagainya pun memang takde mood la sbb skang mood nak KAHWIN je.hehe. Jadi, meh aku cite pasal orang2 yang ada di hati aku.
1- Mak ayah aku.
- Masa aku meningkat remaja, aku suka protes dengan teguran mak. Kadang2 aku tarik muka masam, hempas pintu dll, walaupun aku tahu berdosa, tp aku TER-buat jugak. Aku protes sbb aku sepatutnya dimanjakan oleh mak, bukan selalu dimarahi oleh mak.hehe. Ayah aku? Dia seorang yang penyabar dan pendiam. Tapi garangnya pada suatu ketika dulu biarlah menjadi sejarah aku dan adik beradik. Lepas zaman remaja aku, apa yang mak cakap selalu terngiang2 di telinga, contohnya mak cakap, jangan protes, t dapat anak yang sama macam aku, n aku akan rasa pe aku buat pada mak aku. Lepas tu, aku insaf. Aku sayang sangat ngan mak ayah aku. Kalau balik PAKA, mesti aku selalu luangkan lebih banyak masa ngan depa berdua. Aku doakan semoga ALLAH panjangkan usia kedua ibu bapa aku, sehingga dorang sempat rasa kejayaan aku, sempat tgk cucu depa hasil dari aku dll.2- Famili aku.
- Walaupun aku selalu gaduh2 ngan kakak2 n abang2 aku. Tapi mereka sentiasa di ingatan aku. Bila mak ayah takde nanti, aku harap hubungan kekeluargaan kami semakin erat dan tak berpecah belah. InsyaALLAH.3- Tunang aku.
- Allah temukan aku dan Jai 3 tahun lepas dan aku rasa sangat bertuah mengubah ikatan kasih sayang kami daripada sahabat kepada Tunang. Alhamdulillah aku temui seorang insan yang menyayangi aku, tak kisah bentuk muka, fizikal aku, yang pasti dia sangat menyayangi aku. hehe.4- Kucing2 aku.
- Kalau cerita pasal kucing2, memang aku boleh buat buku pengalaman dengan kucing2 aku sedari kecil lagi. Banyak pengalaman yang aku timba melalui mereka. Dan yang pastinya, aku berubah kepada seorang yang penyayang.hehe. Oh ye, aku sangat gembira dengan frame gambar 3 ekor kucing aku yang akan digantung di kepala katil aku. Moga kamu2 kucingku, selalu mendoakan kesejahteraan tuanmu ini. MAMA SAYANG KORANG SAMPAI MATI tau.5. Mak2 dan ayah2 angkat.
- Mak2 ayah angkat aku serata malaysia ni. Dan yang paling rapat ialah ngan che n aboh chendering. Terima kasih kerana bagi tempat berteduh, bagi makanan free.hehe6- Kawan2.
- Kawan2 UIA, kawan baik aku Zuraida adam. Dia mengajar aku erti REDHA dalam perhubungan. Julianee Ardani, teman yang sentiasa memberi nasihat tentang agama. Yang selalu kejut aku solat subuh, yang selalu guide aku ketika aku terumbang ambing. Kawan2 kampung aku, Hamidah, Mizah, dll yang selalu lepak2 dengan aku kat kampung. Kawan lelaki aku, Nazli Nushi yang aku rasa isterinya sangat bertuah bertemu jodoh dengan lelaki sebaik itu. Kawan2 ENAM JAHANAM, Ayu, Intan, Wina, Maslia, Umi, n aku. Aku rindukan kenangan dengan mereka menjadi 'setan' di sekolah tp dalam masa yang sama kami menjadi 'kancil' harapan sekolah juga. Terima Kasih ALLAH memberi otak yang cerdas kepada kami. haha. Kawan2 U skang ni, kenangan dengan korang insyaALLAH akan selalu di ingatan. Terima kasih kerana sudi menjadi kawan kepada insan bergelar ZULIATI YANINA.7. Kawan2 blogger.
- Kawan2 blogger aku terutamanya Shaira, Tq tau sudi berkawan ngan Ted. Tak sangka persahabatan di alam maya ni dah bertukar menjadi persahabatan di alam reality. Memang rindu gle2 nak g trip sesama.heheh8- Geng2 futsal.
- Dorang ni ibarat adik2 aku yang aku lebih banyak berkongsi cerita suka duka ngan depa. Ye lah, time org cuti sem, kami duk berkampung training futsal pagi petang siang malam. Boleh tidur sebantal, setilam dan boleh buat macam2 bersama. Sangat2 sayang ngan korang tau.Last skali, tentulah orang yang paling ptg di hati aku ialah AKU sendiri. AKU hanya ada 1 di dunia ini. Baik buruk diri aku hanyalah aku yang tahu, dan ALLAH yang tahu. Orang boleh menilai diri kita dengan bermacam2 tapi, hanya nilaian oleh diri kita sendiri je yang tepat. Kan?
Daaaaa...
mak n ayah angkat je ke? yg tolong angkot mu kesana xdop ke? hahahaha
ReplyDeletehuyooo layan futsall.\caya la..klu akak ni tgk orng main je la..stamina kelaut..ye betul akak pun sama dulu2 suka lawan ckp mak bapak skrng ni baru faham dan hargai apa yg pernah dia marah kita..
ReplyDeletezira: semalam tulis, tp delete mula, mu bawoh kategori kawang2.haha
ReplyDeletekak dyea: dah 4 tahun main futsal kak. Tahun pertama je stamina memang full bar, tapi pastu bila dah gemok, dah takde power lagi.hehe