Thursday, January 27, 2011

Misi: Jejak teman2 blogger.

Kata-Kata Aluan.

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aktifkan balik akaun BLOGGER yang berehat 2-3 tahun lepas. Kembali dengan cerita dan ngomelan baru, tetapi masih cube menjejaki teman2 lama di MSJBOX JUNAIDIX.

Btw, masa tinggalkan alam BLOGGER dulu, takde tinggalkan pesan apa-apa, cuma masih berhubung dengan teman2 yang add aku di FB. Aku masih tertanya-tanya ape korang sume tengah buat skang ni ek? Masih aktifkah? Atau sama seperti aku yang mengambil keputusan mengundurkan diri buat seketika?

Dulu, ada yang;

-Baru kahwin, dah anak 2 agaknya sekarang.
-Tengah bertunang dan mungkin skrg dah bahagia bersama suami/isteri.
-Tak pun macam Sis Honey n Acai Jawa yang dulu suka amik gambar2, skarg dah jadi photographer.
-Dulu masih keanak-anakkan, tp sekarang sudah matang.

Macam-macamlah. Yang pasti aku kembali bukan sebagai org yg sedih lagi, ditinggalkan kekasih. Aku kembali mahu mengikat tali persahabatan yang sudah sedia ada terjalin dahulu.. Dan aku kembali ingin mengabarkan khabar gembira, AKU BAHAGIA, AKU CEMERLANG, AKU DAH JADI TUNANGAN ORG, AKU ADA 3 EKOR KUCING COMEL, AKU ADA FAMILI BEST dll.

Oleh itu, aku ingin mengucapkan 'Selamat Kembali' kepada diri sendiri.



Syabas beta, syabas.

3 comments: