Friday, October 14, 2011

Update laju-laju.

Assalamualaikum.

Dah lama aku tak usik blog aku, sejak aku bizi uruskan hal kahwin yang tak pernah habis, sehinggalah dah usia hampair 3 bulan perkahwinan aku. Rasa rindu nak update blog tu masih ada, cuma ideanya belom ada. Owh ye, at first aku terima sms kawan pasal gambar kahwin aku yang so-so, aku sedih gile. Aku rasa bengang tgk gambar kahwin aku, at first aku tak puas hati, tetapi lama2, aku suka pulak. Ada lah gambar yang tak cantik lgsg, tp ada jugak gambar yang comel.

Aku dah nasihatkan photographer sisi muka aku yg terbaik, dan sila snap gambar natural yang baik, jangan time aku nganga2 dll, sbbnya gg aku masih ada braces.Aku kurang suka berlakon dalam gambar, aku suka aku yang fun2. Korang ada tgk gambar Mizz nina n Noh? Ha, aku macam Noh tu, aku cool, dan gambar aku memang jenis cool2. Tp sebaliknya dengan gambar aku skang, some said cun sangat, n some said not OKAY. Tp macam tu lah, takleh puaskan hati semua, at last, aku buat keputusan gambar aku comel.haha.







Okay, gambar 2 atas pakai baju pink masa hari akad nikah, baju biru masa hari persandingan, dan satu gambar pakai baju warna silver ni, ialah gambar masa sambut menantu lepas raya baru ni. Gambar yg last skali bukan official ye, dr kamera hadiah saya kepada suami, dan di snap oleh adiknya time kami duk posing2 tu.huhu
Serius pokai pas kahwin, n satu lagi bosan dah asyik cek pregnancy Test tu kuar satu garis je. hehe. Saya nak baby cepat2 tau.


p/s: semua baju nak let go, sape berminat leh la contact k?

Saturday, July 30, 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum.

Agak lama blog ni bersawang, sjak aku bizi dengan final exam, sehinggalah berakhirnya majlis perkahwinan aku seminggu yang lalu. Cuma sedikit terkilan tak sempat nak jemput rakan2 blogger. Memang bizi sangat2 dengan attend interviews dan siapkan majlis perkahwinan. Pepun, syukur semuanya berjalan lancar.

22.07.11 Tarikh aku diijabkabulkan dengan pasangan Mohamad Faizal Abdul Nasir. Orang yang aku kenali sejak tahun 2002, bercinta mulai tahun 2008 dan berkahwin mulai tahun 2011. Perancangan awalnya ialah majlis akad nikah di rumah aku sendiri jam 9 pagi, tp tok kadi lupa ada majlis umah aku, so tunggu punya tunggu, lewat sejam setengah. Dengan sekali lafaz je, sah aku dah jadi suami isteri. Aku nak sedih2 dan terharu, tp tak sempat sbb kalut sangat.huhuhu. Sehinggakan pas akad, aku tak salam2 dah, jai tak salam2 gak, tetiba ayah aku terus jemput makan. Adeh, ayah aku pulak dah salah aturcara majlis. Dahtu, tinggal aku n da geng je amik gambar batal aiir semayang, dan terus g makan. Pas makan, rehat jap then kul 2.30 g amik gambar outdoor.


Kalau leh aku nak ulang balik masa, n manage time properly. MAlam sebelum akad nikah, aku bz gila sampaikan lupa makan, lupa minum. Aku buat hantaran dengan fresh flower memang kelam kabut nak siapkan25 hantaran kan? Susah juga buat bunga hiidup ni. Pastu doorgift aku beli apam dot2 dan dodol. Memang buat malam akad nikah jugak semuanya, pening kepala. Tidur jam 3 pagi bila dah siap2 hantar FIL ke homestay dorang n tunggu MUA tiba dari KL. Kul 6 pagi aku dah bangun siapkan hantaran sikit lagi. Kul 7.30 dah ready tuk mekap. Pastu tunggu plak tok kadi lama. Mujur bawah mata tak hitam.hhuhuhuhu. Seriusly penat gilos. Owh ye, pelamin akad nikah aku buat sendiri, lagila kan tak bermaya. Tapi, aku puas hati, walaupun simple, aku suka.

K la, sambung lagi k. Bizi ni.hehe

Saturday, May 14, 2011

Bila dah tamat belajar, aku hadiahkan pre-wed photoshoot







Assalamualaikum.

Heehe, anyway dah lama tak update sbb bizi final exam. Masa study week sempat lg menjengah Nilai, beli barang2 kahwin. Pastu mula la tak cukup masa nak study, then takleh jawab exam, marah kat diri sendiri.hee. Alhamdulillah semuanya dah berakhir. Mari kita bercerita mende2 yg menarik je k?

Sehari lepas habis exam, saya terus ke photoshoot kahwin saya. Lokasi hanya kat belakang UMT. Tapi sbb saya dah lewat nak angkut barang2, nak kene isi borang habis belajar dan terkejar2 buat props dalam kereta, dalam mall semua, saya tak sempat nak siapkan diri saya masa amik gambor.

Saya tak pakai baju dengan betul2, plus kakak saya salah hantar baju kebaya hijau yg saya pakai masa saya kurus--->sekang dah gemuk mcm gambar. Saya tak punya selendang panjang. Saya tak mekap. Saya lupa nak senyum sbb penat tak tido exam belum habis dan lain2 lagi. Saya tak suka kalau saya tak heavy mekap. Memang nampak pucat, tambah setiap gambar memang nampak gile gemukkkkk. Damn, marah kat diri sendiri. Walaupun dah turun 5kg, tp tetap nak nampak perubahan.huhu

Itu je la, moga korang sudi tgk gambo pre-wed tak seberapa saya ni k?
daaa

Sunday, April 24, 2011

ENTRI BULI DAN ENTRI TUNANG TAK LAWA

Aku ada terbaca pasal anak Rozita Che Wan kena buli. Makk aii, aku ingatkan kena buli macam betul2 yang dikatakan BULI la, lebam2 atau sampai mati ke, kan? Urm, aku rasa tak adil la kalau die bercerita hal tu kat paper ke ape ke, tak ke kesian kat budak yang dikatakan membuli anak dia tu? Aku paham mak ayah mesti sokong anak sendiri, tapi pikirla kita ni artis, apa kuar dr mulut kita pada media, org ingat mende tu betul dan tak semena2 kita akan cakap yang jahatnya la si pembuli tersebut. Kita menghukum tanpa soal selidik.

BTW, ape2 jelah. Aku just nak kongsi, aku zaman form 4 & 5 dulu bapak banyak kena buli. Buli secara mental kot? Dulu aku banyak jerawat batu, muka aku memang tak nampak ape kecuali jerawat besar2 je. GG aku pulak jongang. Tiap2 hari aku kene ejek ngan budak lelaki, sbb aku hodoh, hitam, jongang dll. Sadis kan kalau ko macam jd loser kat sekolah. Mujurla aku pandai, so aku boleh eksyen aku pandai walaupun aku hodoh.hehe. Ada tu, lepas sekolah aku jumpe dengan mamat yang suka ejek2 aku dulu, dia dah kahwin ngan kawan aku. Dia cakap buat ape belajar tinggi2, t kahwin duk dapur jugak. DIa eksyen sbb dia lelaki, lelaki skang bodohpun bleh masuk U, bodohpun boleh keje, sbb kurangnya lelaki pada abad ini. OK full stop, itu buli mental. Kalau buli fizikal, aku rasa zaman asrama, masa aku skolah kat Tok Jiring n Sheikh Malek, buli tu sama dengan aktiviti perkenalan sesama senior. Sebelum ko dapatkan tandatangan senior, ko kene cium kasut dulu ke, cakap i love u kat pokok ke..tapi tak kesahlah, janji kakak2 senior bg tandatangan, dan mende tu akan jadi kenangan bile2 sampai ko tua.

Sekarang ni je bile budak2 ntah hape2, jadi suka pukul2, suka gaduh2. Aku zaman form 4 n 5 dulu selamba je bergaduh dengan senior kat dewan makan. Sbb mulut dia macam celaka. Takde pulak dia lapor kat mak ayah dia.hehe. N akupun tak berani nak lapor kat mak ayah aku, sbb memang tu takde kaitan ngan mereka, kalau aku laporkan pun, mak aku akan marah aku balik t. Takpun, masa aku sekolah rendah kena rotan dengan cikgu, aku balik gtau mak aku...esoknya mak aku bawak rotan lagi besar pada cikgu yang rotan aku tu. Bukan nak suh cikgu rotan sampai berdarah, tp proses mendidik memang macam tu. Dah kena rotan, akan ingat takkan buat kesalahan lagi. Sekarang ni, cikgu cubit sikit je, terus mak bapak buat laporan polis. Aku tataula kalau budak2 zaman skang hidup  zaman aku dulu. wei, teacher aku dulu cubit sampai biru tau, selambe je kami semua 1 sekolah hidup.

Tapi aku tak menidakkan la, ada jugak cikgu2 tak bermoral yang buat macam2 kat budak2. Contohnya dia naik hantu, rotan anak ko sbb tak buat keje sekolah kali pertama ke..dia raba anak ko ke..ha, mende tu boleh jadi bahan la nak lapor kat polis. Kita sepatutnya kena berterima kasih sbb cikgu nii yang duk ajar n jaga anak kita kat sekolah. Di mana kita? Kalau lawyer sibuk dengan kesnya, kalau dokter sibuk dengan pesakitnya dll. Kalau ko nak lawan cikgu yang keje kerajaan, gaji berapa sen tu, baik tak osahla. Kang takde org nak jadi cikgu. Ye laaa, cubit sket kena saman, rotan sikit kena saman.

---

Ok ni entri tunang si asyraff muslim tak lawa. Ape ke takde kejela manusia ni duk komen macam2 pasal tunang dia. Pst, aku tengok 1st time pun memang aku rasa tak padan dengan si Ustaz tu, tapi dah dia suka nak wat cemana kan? Yang pompuan terlepas chance tu janganlah sedap tangan type komen macam2 pulak. Nak kata dia takde hidung?Ada. Nak kata takde mulut? Ada. So, nape nak komen2? Aku rasa biasa je la kalau tunang/suami isteri ni salah satu pasangan dia biasa2 je. Kalau cantik ngan hensem, pupuslah org tak lawa dalam dunia ni. Sian org tak lawa n tak hensem takleh kembangkan zuriat dia dengan sikit hensem dan cantik. So biarlah mereka ni berdua.

Lagipun, aku ada terbaca 1 kata2 la, cr isteri yang akan menjadi ibu kepada anak2 kau nanti. Bukan main tengok muka, ok macam siti nurhaliza, tp tak boleh menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik. kan? Baik ko cr yang biasa2 tapi boleh membesarkan anak2 ko dengan baik nanti.  Tunang si Ustaz asyraff ni pun macam dr keluarga yang baik2. Tgk dia tunangpun, pakai tudung tutup dada ok. Tapi takleh la nak tgk dr situ kan? Cuma kita  kene berprasangka baik je pada org..

Daaaa~