Tuesday, June 5, 2012

Mengidam


Alhamdulillah, syukur ya ALLAH, kandungan kali ni normal, dah nak masuk 4 bulan pun.

Kata orang time preggie ni banyak mengidamnya, tapi, lain pulak bagi aku yang jarang2 mengidam. Kalau mengidampun aku mengidam pada apa yang aku tak dapat makan. Contohnya, air kelapa, air tebu, durian, tapai dll, dah puas aku juih mulut kat suami aku, tapi dia cakap JANGAN, JANGAN la maknanya. Demi kebaikan aku katanya.

Tapi, 2, 3 hari ni aku teringat satu sayur lemak ni. Time musim sotong je, mesti sama ngan time musim jambu GOLOK (Jambu gajus). Mak aku akan call aku si anak bongsu ni suruh balik kampung makan sayur lemak tu. Tu la nilai kasih seorang ibu, mesti ingat kalau apa-apa kegemaran anak dia, nak jugak aku balik makan.

Ni ha gambar dia buat sape yang tak penah makan, tak penah tahu dll. Memang rugi hidup.haha.
                                                                                                                                                                   
Memang aku siap2 boleh rasa sayur lemak ni dalam mulut aku. Biasanya mak aku campur dengan telur sotong, dan hirisan2 sotong. Memang meletuplah rasa dia. Best sangat2 amat sangat. Akupun terrer gak buat mende alah ni, tp kat KL ni tak tahu nak cari kat mana buah jambu. Sotongpun lembik je, dan buruk2. Memang lain kalau makan kt kampung, dimana akulah si tukang kait buah ni, dan abang aku si nelayan tu yang bagi kan sotong fresh2..


So, kena balik kg la dalam masa terdekat ni. Suami aku pun belum pernah makan katanya, takpe, kang aku wat balik buah ni, aku masakkan tuk dia la..bagi dia rasa.

Ada jugak kawan2 kat FB cakap susah nak cr buah ni walaupun kat kampung. Sebab semua orang duk tebang pokok dan buat rumah besar2. Dah pupus dah pokok ni. Tapi, mak aku lain pulak, dia tanam lagi pokok ni nak bagi anak cucu kenal. Segala jenis pokokla dia tanam, dr akar kayu ke pokok buah-buahan.

Kawasan umah kitaorangpun dah macam kebun. Tapi, tu dah nama dia kampung kan?kan?

K, bye. Takecare

Monday, May 21, 2012

Pregnant

Chinese New Year Jan 2012- Miscarriage.
Mac 2012- Pregnant again.

Alhamdulillah. Aku selalu berdoa agar Allah bagi rezeki anak lagi pada aku selepas aku disahkan miscarriage awal tahun hari tu. Aku rasa setiap malam kot aku mimpikan baby aku yang dah takde, mungkin sbb pikirkan sangat pasal tu, siap mimpi2. Kadang2 aku nangis sorang2 time suami aku takde, takpun kalau tengok movie/org carry baby, memang menitik airmata la. Pepun, aku selalu rasa dugaan aku kecik je, kena tabah dan sabar banyak2, at least aku boleh mengandung berbanding ada sesetengah orang yang tak dapat peluang tu. Kan?

Setiap kali pregnant, aku takde masalah bab morning sickness. Takde langsung. Tapi aku ada masalah perut sakit, sakit je manjang, senak kat atas ari2 la, dll. Kadang2 time buang air besar, meneran tu aku rasa macam nak terkeluar baby, bahaya kan?--->terikut2 masa miscarriage yang tumpah darah tu, aku duk mencangkung meneran. Bila dah keluar rasa lega gila.;p Masa pregnant ni jugak mood aku memacam ragamnya. Kadang2 aku rasa nak marah je kat suami aku, tgk muka dia pun geram. Adala time aku geram, aku tampar je muka dia, tp slow2 jela. Tp time terjaga tengah malam, mesti nak tersentuh2 dengan die, even jari je pun. Rasa macam sayang sungguh2.haha. Tp malam2 kalau terjaga, aku banyak baca doa kat kepala dia, moga dia jadi suami yang baik, tu rahsia aku bangun malam2.

Selain dari tu, kalau bab makan, selalunya suami aku tanya baby dah makan? Dia tak tanya aku, sbb aku selalu cakap baby yang lapar, bukan aku. Sebab tu aku makan kerap2 dan banyak2.he, alasan kan? Kadang2 terkentut pun aku bgth baby yang kentut, bukan aku. Nak dijadikan cerita kami duk tengok wayang what you expect when you're expecting, mcm gitu la titlenya. Memang kenala cite tu dengan kami, ada la one girl ni cakap dia kentut tu bukan sbb dia kentut, tp baby dia kentut busuk.hahahaha. Memang gelak habis kitaorang dalam wayang sbb apa yang pelakon tu ucapkan sama sebijik macam aku. SEBIJIK. So, Jai takleh nak salahkan aku la pasni.

Btw, kandungan aku dah 3bulan ++, aku pun tengah duk pikir bila nak cuti, nak wat buku pink ni, kang nurse bebel pulak. Bab nak deliver, aku masih tatau nak deliver kat hospital mana/private hospital mana. Sbb kalau hospital ni mcm crowded gila, kalau private, aku tatau sape nak datang jaga aku nanti sbbnya mak ayah aku dah tua, kakak2 semua kerja, suami aku takkan nak cuti lama kan? Pun kena pikir macam mana nak hantar baby n aku balik berpantang kat Paka, Terengganu, mesti kena ada jugak ahli keluarga jaga. Mak mentua? Dia pun jaga cucu. Taknaklah susahkan dia kan, t naik pulak darah Mama aku tu.

Sampai masa t aku pikir la cemana.

Have a nice day ya'.









Wednesday, March 14, 2012

BEN ASHAARI AJAK KONGSI CERITA CUTI SEKOLAH


Walaupun aku terlambat masuk blog Ben, tapi aku still nak buat jugak entry pasal ni. Sebabnya? Aku rasa aku punya pengalaman masa kecik2 adalah mantap.heh heh heh. Masa aku kecik2 dulu, cuti sekolah je aku mesti pergi kat belakang rumah aku. Belakang rumah aku ada satu kawasan pasir putih, di kelilingnya ialah kawasan hutan la. Memang port ni adalah port aku dan kawan2 seperjuangan aku berkumpul.

Di kawasan tu, boleh dikatakan hampir semua budak sebaya kami berkumpul. ACARA? Acaranya banyaklah, kitaorang main menyorok2 dalam hutan tu, belakang batang2 pokok yang besar, dalam semak dll. Kadang2 tak perasan menyorok kat tempat babi berkubang, tetiba je bunyi kroh kroh ibu babi datang. Lintang pukang kami larik. Ada satu acara tu, kitaorang akan pegi ke anak sungai tepi hutan tu. Adalah batang2 pokok kelapa yang tumbang jatuh ke dalam air. Kitaorang berbadi (buat bet) sape yang boleh buat somersault yg plg canggih dr atas pokok kelapa tumbang tu ke dalam air sungai. Tak kira sape pandai berenang, atau tak pandai berenang, semua nak tunjuk hebat buat somersault. Termasuklah aku, tu lah port pertama aku asah bakat berenang aku.hehe.

Selain dr tu, kitaorg jugak carik buah2 hutan, macam buah bo (org terengganu panggil). Pun buah nyamuk tuk dibuat peluru senapang kayu. Pergh memang sumpah kau tanak kene tembak, pedih wo. Zaman dulu, kitaorang jarang main pakai baju. Aku walaupun pompuan, tetek tak besar lagi, masih boleh pakai seluar katak je memain ngan kawan2. Mmg happy gile ah. Petang sikit aku balik umah, biasanya kawan2 menyinggah sbb mak aku jual aiskerim batang. 

Yang lagi best, time cuti sekolah, famili aku n satu lagi famili selalu buat pertandingan bola katok * macam besbol gitu. Aku guna pelepah kelapa nak pukul bola, dan batang kelapa dijadikan stop selepas bola dipukul. Yang paling kuat pukul bola, sah2 mak aku, ayah aku pun kalah.. Gtu lah ceritanya. Banyak lagi aktivitinya time cuti, tapi aku takut entry aku panjang sangat.

BEZA dengan cuti sekolah sekarang?

Hurm, aku sedih kalau2 anak akupun punyai pengalaman zaman siber je pada usia kecik dia nanti. Aku nak anak aku jadi macam aku, banyak pengalaman best2. Tapi surrounding tak membenarkan apa. Sekarang, main game pun yang IT IT je, pengaruh rakan sebaya kat sekolah. Kalau ko men kejar2 sah2 orang booo ko sbb ko out of date. Okay kanak2 skang canggih manggih, takleh salahkan depa..

Tapi, still ko tak canggih dr segi pengalaman.

Friday, February 24, 2012

Rindu Berblogging.

Lepas beberapa ketika * bukan ketika tetapi bertahun tak berblogging, mood berblog tu datang kembali. 1st step aku amik ialah bayar seorang pereka header, dan tunggu header blog yang comel, cute, dan refreshing. hi hi. Maybe berminggu-minggu lagi dapat.

Okay, sepanjang kehilangan aku selama ni.. banyaklah perkara yang berlaku. I'll make it short k.

1- Aku mengandung. Hapi kot 1st pregnancy, sape tak teruja nyah sbb lambat jugak aku nak berbadan dua since 3 bulan pertama aku PJJ ngan suami aku. Lepas duk skali, alhamdulillah aku disahkan mengandung. 3 klinik aku pegi cek, teruja kot tapi tiap kali scan tak nampak baby since 1st check up 5 minggu.

2- Selepas beberapa check up, sampi masuk 3 bulan, hospital suspek aku mengandung luar rahim sbb masih takde bayi dalam perut aku. Tapi akhirnya memang takde rezeki aku, aku keguguran 22hb January.

3- Lepas aku kahwin, aku cuba apply beberapa job, dan dapatlah kerja tapi kat KL terpaksa ulang alik hari2. Naik bas jam 6.30 pagi kat bukit beruntung , rawang dan sampai kat KL kira2 jam 7.30 pagi. Dah lama jugakla aku survive hampir 4 bulan dah.huhu

4- Aku dan suami dah naik rumah sendiri. Seronok jugak duduk berdua je, rumah masih kosong lagi, dan kami cuba penuhkan rumah setiap bulan. Dah tetapkan 1 bulan satu barang elektrik kena beli. hehe.Dan by cash, aku tak suka hutang2.

tu je lah kot. Pasal anak tu, aku berusaha je, rezeki semua Allah yang tentukan.Harapnya lepas ni berpeluang mengandung lagi skali. Kata mak, ni 1st time dalam family ada yang mengandung anggur---i.e AKU lah orang tu.